
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam perkenalan dan selamat datang!
Pernahkan anda membeli barangan secara online melalui agen atau dropship yang diiklankan secara online melalui medium sosial seperti Instagram dan Facebook? Kami percaya inilah trend kini dalam berbelanja. Alasannya mudah sahaja, cara ini cepat dan boleh dibuat di mana-mana sahaja. Tidak hanya itu, platform seperti E-Dagang antara yang menjadi kegilaan semua. Dan kini, kami menyahut inovasi semasa dengan memperkenalkan platform digital kami iaitu TKB Mall!!
Apa itu TKB Mall? Dan ada apa dengan TKB Mall?
Ini ceritanya. TKB Mall adalah platform berbelanja secara online yang bertapak sejak 2017 lagi di mana penggunanya adalah ibu bapa yang menghantar anak belajar di rangkaian Tadika Khalifah Budiman (TKB) seluruh Malaysia. Dimana ia telah bertapak lebih 3 tahun dan tansaksi telah mencecah melebihi 1.5juta.
Namun menginjak ke tahun 2020, kami telah bersedia untuk berkongsi platform ini dengan semua pengguna online dan tidak terhad kepada ibu bapa TKB sahaja.
Ini bermakna anda boleh mengakses platform kami dan menjadi antara pengguna setia untuk mendapatkan apa sahaja yang anda mahukan.
TKB Mall menyediakan semua produk untuk anda semua diluar sana. Menyelusuri perkembangan semasa, kami kini mempelbagaikan rangkaian produk di TKB Mall dengan lebih meluas meliputi pelbagai jenama. Anda boleh mendapatkan keperluan peribadi, makanan, buku sehinggalah ke produk kesihatan hanya dengan online dan klik sahaja.
Kami di TKB Mall juga banyak menjalankan program-program berbentuk karnival, forum, seminar, aktiviti sukan dan banyak lagi sepanjang tahun diseluruh Malaysia yang terbuka pada semua. Peluang ini boleh diambil oleh semua bagi mempromosikan produk pada setiap program yang dianjurkan.
Ayuh berbelanja bersama kami!
TKB Mall dibawah syarikat apa?
Adalah sebuah platform E-dagang dibawah ASL Child Edu Sdn Bhd (1205624-X). ASL Child Edu Sdn Bhd telah didaftarkan sejak tahun 2006 Sehingga kini mempunyai lebih 80 jumlah kakitangan dibawah naungannya yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan unit. Ibu pejabat terletak di:
Alamat : No. 26-1, Jalan Sungai Burung Y32/Y, Bukit Rimau, Seksyen 32, 40460 Shah Alam, Selangor
Email : mall@jomdaftartadika.com
Telefon Office : 03 5131 4978 ext 205 ( PIC TKB Mall – 0163499485 Ms Ina )
Segmen Pelanggan
Terdapat 2 Segmen Pelanggan TKB Mall iaitu Exclusive dan Premium Customer .
1)Exclusive Customer
Terdiri daripada kategori semua jenis pelanggan online TKB Mall yang tidak terdiri dari Premium Customer. Mereka adalah pelanggan yang sangat kami alu-alukan dan raikan bagi menyokong platform TKB Mall ini.
Exclusive Customer adalah mereka yang bukan terdiri dari ibubapa pelajar dalam rangkaian Tadika Khalifah Budiman seluruh Malaysia. Kumpulan pelanggan dalam kategori ini dapat membeli produk dan servis didalam TKB Mall kecuali produk-produk yang berlabel Premium Customer (Produk Khusus Tadika Khalifah Budiman) atas sebab product ini hanya digunakan semasa operasi dalam rangkaian Tadika Khalifah Budiman.
2)Premium customers
Terdiri daripada kategori pelanggan dikalangan ibubapa/ penjaga yang masih menerima khidmat pra Sekolah di rangkaian Tadika Khalifah Budiman seluruh Malaysia.
Kategori ini dapat membeli dan akses ke beberapa produk dan servis khusus yang dijual kepada mereka untuk keperluan anak-anak mereka di Tadika Khalifah Budiman sepanjang tahun.
VISI
- Satu platform Ecommerce yang boleh menjana pendapatan sehingga RM 3 juta sehingga 2020.
- Menjadi salah sebuah platform e-dagang altrenatif dengan platform e-dagang yang dominen di Malaysia dalam 5 tahun dari mula penubuhan TKB Mall.
- Platform ini akan membantu memasarkan serta menjana pendapatan pada pada usahawan SME.
- Mempunyai jenama yang kuat dalam pasaran E-dagang di Malaysia.
SLOGAN
Click, Choose and Get It Fast!
i