fbpx

Tarbiah Sentap

RM25.00

“Buku paling sentap di dunia! Gugur jantung sebab banyak kali kena headshot!”

“Tarbiah Sentap telah membuka hati aku selama ini. Kata-kata yang membuatkan aku sedar dari kesilapanku…”

“Alhamdulillah, ibu suka sangat baca buku Tarbiah Sentap. Ibu cakap, dia suka cara ustaz menulis! Ibu sampai bawak buku tu ke hospital. Buku Tarbiah Sentap menjadi hiburan ibu dan ayah saya sekarang!”

“Baca bab 1 pun saya dah sedih mengenang dosa-dosa lampau!”

“Ketagih baca buku Tarbiah Sentap. Lagi baca, akan lagi seronok. Seronok sebab kena batang hidung sendiri! Aku dah jatuh hati dengan buku Tarbiah Sentap ni….”

“Sebelum tidur baca buku Tarbiah Sentap. Gila sentap….”

***

Itu semua TESTIMONI PEMBACA yang saya dapat melalui mesej, emel, twitter dan Facebook. Ada yang menangis, ada yang berubah, ada yang menyesal, ada yang sentap, ada yang ketawa. Alhamdulillah! Hidayah itu milik Allah. Moga buku Tarbiah Sentap dapat menjadi asbab hidayah kepada semua orang yang membacanya!

Availability: 10 in stock

==========
Tajuk: Tarbiah Sentap
Halaman: 229 ms
Penulis: Adnin Roslan
ISBN: 978-967-0645-49-0
Berat: 0.33 kg
===========

Untuk siapakah buku TARBIAH SENTAP ini?

1. Untuk orang yang merasakan dirinya tak pernah buat dosa. Mungkin dia lupa, yang maksum hanya Rasulullah.
2. Untuk orang yang merasakan dirinya tak pernah bertaubat. Mungkin dia lupa Rasulullah pun setiap hari bertaubat tak kurang dari 100 kali sehari.
3. Untuk orang yang merasakan umur dia masih muda. Mungkin dia lupa, ajal boleh datang bila-bila.
4. Untuk orang yang terlalu over confident bahawa taubatnya pasti diterima. Mungkin dia lupa, angan-angan dan terlalu over confident adalah seperti kaum Yahudi dan Nasrani yang amat yakin bahawa mereka akan masuk syurga.
5. Untuk orang yang hanya berpada dengan ilmu yang sedikit tentang taubat, sedangkan, taubat itu memppunyai rukun, syarat, halangan dan pendorong yang perlu kita semua tahu.
6. Untuk orang yang merasakan taubat adalah perkara remeh. Sedangkan, taubat adalah fardhu ain ke atas setiap makhluk yang bernama manusia…
7. Untuk mereka-mereka yang nak BEBAS dari maksiat dan dosa, namun dia masih kabur tentang hakikat dosa, apakah cara untuk meninggalkannya.
8. Untuk mereka-mereka yang mahu libatkan diri dalam dakwah tarbiah, namun, dia tak nampak, apakah jalan yang sebenar dalam melalui dakwah dan tarbiah ini.
9. Untuk mereka-mereka yang dambakan kebahagiaan dan ketenangan yang baru merangkak ingin menuju hidayah, dan perlukan bimbingan secara terperinci.

Dan…

10. Untuk diriku sendiri, yang masih banyak cakap tak serupa bikin.

Tentang Penulis : ADNIN ROSLAN

Penulis bernama Ahmad Adnin B Roslan. Beliau mula aktif dalam bidang penulisan sejak pertengahan tahun 2013 dalam blog peribadi beliau. Selain menulis blog, beliau juga merupakan pengasas page TARBIAH SENTAP di Facebook, juga, komposer bagi kumpulan nasyid FETYA dan RABITHAH. Kini, beliau sedang menuntut di dalam jurusan “fiqh wa usul”, Ijazah Sarjana Muda di Madinah International University (MEDIU).

Do NOT follow this link or you will be banned from the site! Scroll to Top