Terma Dan Syarat Vendor TKB Mall

  • Berurusan secara bermuamalat, profesional, jujur serta berkomunikasi dengan baik
  • Barangan dari Vendor akan diiklankan dan dipasarkan di kesemua plaform Online TKB mall dan Off-line Tadika Khalifah Budiman serta syarikat sekutunya.
  • “Referer” tidak boleh mengambil komisen atau diberi cas tambahan ke atas harga jualan produk.
  • Vendor dan TKB mall akan menerima email pesanan barang dari pelanggan dengan serta-merta bagi barang yang telah dibayar.
  • Vendor perlu menghantar barang yang dibeli kepada pelanggan dalam masa 24 jam setelah menerima email pembelian dari pelanggan atau makluman daripada pihak TKB Mall.
  • Pihak vendor akan membuat penghantaran secara terus kepada pihak pelanggan bagi mengelakkan pelanggan menunggu masa terlalu lama bagi mendapatkan barang yang telah dipesan.
  • Nama yang perlu diletakkan di atas borang penghantaran barang adalah “TKB MALL” dan contact nombor yang diberi. Dilarang meletakkan nama vendor di atas borang penghantaran barang. Hanya dibenar meletakkan alamat vendor di atas borang penghantaran.

               Contoh :
                               Sender from      : TKB Mall  ( Pihak Kami )
                               Alamat   sender : No 32 lorong mayang pasir 2 , bandung setiawan perak
                              Alamat   Vendor : No 32 lorong mayang pasir 2 , bandung setiawan perak (alamat vendor)
                               No Phone            : +60163499485 ( Pihak Kami )

  • Vendor dinasihatkan untuk menyimpan invois dan rekod pembelian Hal ini berkait rapat dengan prosedur pemulangan barangan yang akan disebutkan dalam PROSEDUR PEMULANGAN BARANGAN.(jika ada)
  • Vendor dikehendaki untuk memeriksa barangan yang dihantar dari segi jenis barang, kuantiti dan kualitinya. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan daripada pelanggan membeli dan menerima barangan yang salah dari segi jenis dan kuantiti serta tidak berkualiti.
  • Jika ada pemulangan barang oleh pelanggan seperti barang tidak sama seperti dibeli, pelanggan akan terus berhubung dengan Pihak TKB Mall sahaja.
  • Pihak TKB Mall akan memaklumkan kepada pihak Vendor bagi pemulangan/penggantian barang dan perlu dibuat dalam jangkamasa selewatnya 15 hari selepas tarikh penerimaan barang dari pelanggan.
  • Sebarang kesilapan yang menyebabkan terdapat kos-kos tambahan adalah tanggungjawab Vendor.
  • Pastikan maklumat berat atau kandungan barang adalah lengkap dan betul. Sebarang kesilapan dari pihak vendor tidak akan ditanggung oleh pihak TKB Mall.

               Contohnya : Makanan (250g) / Sabun (100g)

  • Tidak dibenarkan meletakkan detail maklumat pembekal di atas produk seperti nombor telefon, nama facebook atau ig dan lain-lain.
  • Sebarang penukaran maklumat produk dari pihak vendor hendaklah dimaklumkan kepada pihak kami.
  • Gambar produk yang diberi mestilah jelas dan terang. Resolusi gambar mestilah minima 500 pixel x 500 pixel (segi empat sama).                 
  • Pihak vendor juga perlu memberi ayat promosi (copywriting) kepada pihak kami setelah produk diluluskan.
  • Tiada sebarang yuran kemasukan dikenakan kepada semua vendor yang berminat untuk mengiklankan produk mereka
  • Pihak vendor akan membuat penghantaran secara terus kepada pihak pelanggan.
  • Konsep harga yang diberi oleh vendor adalah harga yang telah ditambah dengan market place fee.
  • Pembayaran oleh pihak kami kepada pihak vendor adalah selewat-lewatnya 7 hari setelah barang dihantar telah diterima oleh pelanggan berserta bukti penghantaran telah dibuat.
  • Pihak vendor mesti membuat penghantaran kepada pelanggan dengan segera kepada pelanggan, pihak kami berhak mengambil tindakan jika penghantaran tidak dibuat selepas pihak kami memberi maklumat order yang telah diterima.
  • Setiap produk yang dimasukkan ke Platform TKB mall ni, kadar charge sebanyak min 20% bagi setiap barang yang dipesan oleh pelanggan akan dicharge kepada vendor di market place dan nilai ini akan berumah mengikut keadaan semasa. Tertakluk pada terma dan syarat.
  • Maklumat berat atau kandungan barang mestilah lengkap dan betul. Sebarang kesilapan dari pihak vendor tidak akan ditanggung oleh pihak TKB Mall.
  • Bagi fasa permulaan, pihak TKB Mall akan memasukkan produk secara manual dan akan diautokan pada masa akan datang.
TKB Mall | Click, Choose and Get It Fast!
Scroll to Top
Scroll to Top