fbpx

TKB MALL 2018/2019 POLISI DAN PROSEDUR PEMBELIAN

BismillahirRahmaanirRahim.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kandungan:

  1. Objektif Jualan Barangan
  2. Polisi Urusan Pembelian TKB Mall
  3. Cara Pembelian di TKB Mall
  4. Polisi Pembelian di TKB Mall
  5. Carta Proses Pembelian di TKB Mall
  6. Polisi Pemulangan
  7. Polisi Refund
  8. Polisi Pembayaran
  9. Hubungi
  10. Hal-hal yang menyebabkan barang lambat diterima

Kepada semua ibubapa yang dihormati.

Untuk penyediaan bekalan barangan tadika bagi sesi persekolahan 2019, TADIKA KHALIFAH BUDIMAN telah mengurus barangan, logistik, dan proses-proses yang berkaitan demi melancarkan urusan jual beli ketika TKB MALL.

Berikut adalah beberapa maklumat berkaitan polisi dan prosedur bagi pembelian barangan keperluan tadika daripada TKB MALL. Mudah-mudahan maklumat ini menjadi panduan bagi melancarkan urusan muamalat antara ibubapa dan pihak TADIKA KHALIFAH BUDIMAN.

  

1. OBJEKTIF JUALAN BARANGAN


Objektif jualan barangan TKB Mall adalah seperti di bawah:

  1. Kualiti barangan yang disediakan.
  2. Kuantiti yang mencukupi dan tepat.
  3. Kadar masa yang berkualiti dan bersesuaian.
  4. Kemudahan proses yang meringankan.
  5. Kemesraan.
  6.  Mengurangkan dokumentasi kertas (go green).
  7. Mengelak dari berlaku jenayah di cawangan yang boleh membahayakan anak-anak dan guru.

2. POLISI URUSAN PEMBELIAN

  1. Bermuamalat dengan cara yang profesional dan
  2. Mementingkan komunikasi dua
  3. Barangan hanya boleh dijual kepada ibubapa TKB
  4. Barangan hanya boleh dibeli dari TKB MALL
  5. Pelanggan dikehendaki untuk memeriksa barangan yang disediakan oleh pegawai jualan dari segi jenis barang, kuantiti dan kualitinya. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan daripada pelanggan membeli dan menerima barangan yang salah dari segi jenis dan kuantiti serta tidak berkualiti.
  6. Pelanggan dinasihatkan untuk menyimpan invois dan rekod pembelian Hal ini berkait rapat dengan prosedur pemulangan barangan yang akan disebutkan dalam PROSEDUR PEMULANGAN BARANGAN.

 

3. CARA PEMBELIAN BARANG DI TKB MALL

 Buat masa ini, kami hanya menyediakan SATU (1) kaedah pembelian barang, iaitu secara Self-Pickup di Tadika Khalifah Budiman.

Setiap pembelian mestilah melalui laman web www.Go.JomDaftarTadika.com (TKB MALL).

Berikut adalah proses order yang berlaku dalam TKB MALL:

  1. Order di TKB MALL akan di cut-off pada setiap hari Jumaat bagi setiap minggu pada jam 6 Petang.
  2. Oder akan diproses pada hari Sabtu dan Isnin bagi setiap Minggu.
  3. Penghantaran order ke setiap cawangan tadika adalah setiap hari Selasa untuk Klang Valley dan setiap hari Khamis untuk cawangan Perak.
  4. Ibubapa boleh mengambil order yang telah berjaya dibuat. Oder boleh diambil terus di cawangan tadika anak anda pada setiap hari Rabu untuk Klang Valley dan setiap hari Jumaat untuk Perak. Sila hubungi cawangan sebelum datang pick up barang bagi memastikan barangan anda telah sedia.

Sila rujuk jadual berikut:

PROSESCAWANGAN KLANG VALLEY

CAWANGAN

PERAK

WAKTU MASA
Hari cut-offJumaatJumaat6.00 PM
Hari proses orderSabtuSabtuSepanjang Waktu Bekerja
Hari delivery order ke tadikaSelasaSelasaSepanjang Waktu Bekerja
Hari Self-PickupRabuJumaatSepanjang Waktu Operasi

Ibubapa dinasihatkan agar tidak menuntut barang pada hari selain waktu diatas untuk memberi laluan kepada proses penyediaan barang dari store.

Carta aliran pembelian di TKB Mall adalah seperti berikut:

 Flow-TKB-Mall-Tadika-Khalifah-Budiman

4. POLISI PEMBELIAN DI TKB MALL 

4.1. Semasa Pembelian

  1. Pastikan anda telah mengisi segala butiran maklumat dengan tepat pada ruangan check out.
  2. Selepas pembayaran telah dibuat, sila semak e-mel anda untuk memastikan anda menerima dua (2) e-mel, e-mel pembayaran dari SenangPay serta e-mel “Order Received” beserta Invois dalam lampiran e-mel tersebut.

 4.2. Sebelum datang ke Tadika

  1. Sila simpan Invois yang diterima di-emel sebelum datang ke Tadika untuk mengambil barang yang dibeli.
  2. Pastikan ibu bapa telah call Principal untuk maklumkan kehadiran anda ke tadika.

4.3. Ketika mengambil barangan di Tadika

  1. Sila pastikan dan periksa barang yang diserahkan oleh principal dari segi jenis barang, kuantiti dan juga kualiti dengan memastikan barang yang disediakan adalah sama seperti yang dibeli oleh ibubapa (sama seperti yang tercatat di dalam (RESIT TKB MALL). Hal ini sangat penting bagi mengelakkan Ibubapa membawa pulang barangan yang salah.
  2. Sila sign pada bahagian Delivery Note dan serahkan pada cawangan.

4.4. Selepas Hari Pembelian

Ibubapa dinasihatkan untuk menyimpan email Invois sebagai rekod pembelian. Selain itu, Invois bercetak yang diterima dari tadika juga perlu dilampirkan ketika ingin memulangkan/menukar barang.

5. POLISI PEMULANGAN BARANGAN 

  1. Pelanggan dibenarkan memulangkan/menukar barangan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh barang diterima.
  2. Penukaran/pemulangan barang seperti penukaran barang yang rosak juga tidak akan diterima selepas tempoh yang dinyatakan di atas.
  3. Penukaran/pemulangan barang yang dibeli hanya diterima jika:
    i. Penukaran/pemulangan dalam kategori barang yang sama (Contoh: T-shirt ingin ditukar dengan seluar sport)
    ii. Penukaran/pemulangan barang pada saiz yang berbeza (Contoh: Uniform Boy S kepada Uniform Boy M)
  4. Sila pastikan keadaan barangan yang ingin dipulangkan dalam keadaan baik kecuali untuk barang yang ditukar kerana rosak;
    i. Bungkusan plastik bersih tanpa tulisan atau contengan
    ii. Keadaan fizikal barang adalah sama seperti ketika barang itu

6. POLISI REFUND BARANGAN

  1. Pelanggan dibenarkan untuk refund barangan dalam tempoh empat belas hari (14) hari dari tarikh barang diterima.
  2. Refund hanya diterima jika:
    i. Barang yang dibeli tidak diterima kerana stok tiada seperti yang diorder
    ii. Barang yang dibeli tidak diterima dalam tempoh empat belas hari (14) hari selepas pembelian
  3. Refund atas sebab salah order saiz atau barang adalah tidak dibenarkan untuk refund (sila rujuk polisi pertukaran barang).
  4. Sila isi form refund untuk memohon pengembalian wang atas pembelian (refund)

 

7. POLISI PEMBAYARAN

 Pembayaran sepanjang pembelian di TKB Mall WAJIB dibuat di TKB Mall menggunakan SenangPay melalui kaedah berikut:

7.1. FPX (Financial Process Exchange)

  • Pembayaran secara bank transfer di TKB Mall. Pembayaran ini disambungkan terus ke ruangan pembayaran SenangPay. Ibu bapa boleh memilih FPX, seterusnya memilih bank pilihan ibu bapa untuk membuat pembayaran.

7.2. Credit Card

  • pembayaran disambungkan terus ke ruangan pembayaran SenangPay. Ibu bapa boleh memilih Credit Card, seterusnya memasukkan maklumat kad kredit anda untuk pembayaran.

Nota tambahan:

  1. Pembayaran untuk pembelian di TKB Mall secara tunai kepada Principal tidak akan dilayan.
  2. Bayaran melalui Bank Transfer dan serahan Bank Slip kepada Principal juga tidak akan dilayan.
  3. Pembayaran yang dimasukkan sekali dengan monthly fee juga tidak akan dilayan.

8. DEPARTMENT DAN TALIAN UNTUK DIHUBUNGI

Untuk maklumat ibubapa, sebarang masalah berkaitan dengan TKB MALL boleh berurusan dengan Department Admin dan Department Inspire. Pembelian barang kelengkapan sekolah seperti uniform dan calender adalah dibawah pengurusan Admin Department. Manakala, pembelian selain barang kelengkapan sekolah seperti poster atau buku cerita adalah dibawah pengurursan Department Inspire.

Sebarang masalah sila rujuk dengan Principal anda;

 

Branch/Department

Contact

1

INSPIRE DEPARTMENT
(Public Relation and Customer Services)

Tel: 010-233 9485

Hunting Line: 03 – 8408 1511

2

PRINCIPAL TKB BUKIT RIMAU

Tel: 016-261 9485
Email: br@jomdaftartadika.com

3

PRINCIPAL TKB BANDAR PUTERA 2

Tel: 010 235 9485
Email: bp2@jomdaftartadika.com

4

PRINCIPAL TKB DIAMOND SQUARE

Tel: 016-342 9485
Email: ds@jomdaftartadika.com

5

PRINCIPAL TKB MELATI UTAMA

Tel: 016-238 9485
Email: mu@jomdaftartadika.com

6

PRINCIPAL TKB GENTING KLANG

Tel: 016-234 9485
Email: gk@jomdaftartadika.com

7

PRINCIPAL TKB TAMAN SAMUDERA

Tel: 016 – 417 0024
Email: ts@jomdaftartadika.com

8

PRINCIPAL TKB SLIM RIVER

Tel: 010 266 9485
Email: sr@jomdaftartadika.com

9

PRINCIPAL TKB BAGAN SERAI

Tel: 011 – 2629 9485
Email: bs@jomdaftartadika.com

​ Adalah dimaklumkan di sini bahawa pihak TKB MALL berhak untuk membuat perubahan kepada polisi dan prosedur ini dengan memberi notis kepada pelanggan melalui email atau rangkaian sosial whatsapp dan telegram dalam masa 24 jam.

Demikianlah polisi dan prosedur bagi urusan jualbeli barangan di TKB MALL. Mudah-mudahan panduan ini memberi pemahaman, manfaat dan memudahkan segala urusan semua pihak yang terbabit. Semoga semua yang terlibat dalam mengembangkan dakwah ini mendapat berkat dan redha yang Maha Esa hendaknya.

9. HAL-HAL YANG MENYEBABKAN BARANG LAMBAT DITERIMA.

  1. Sekiranya pelanggan membuat pembelian selepas waktu yang telah ditetapkan, pembelian tersebut akan diproses pada minggu seterusnya. Tempoh pembelian akan mengambil masa 2 minggu.
  2. Sekiranya stok tiada di store TKB MALL atau stok tiada di HQLC akan menyebabkan pembelian anda akan mengambil masa yang agak lama bergantung kepada stok.
  3. Parent buat pembayaran secara bank in/tunai;
    i. Melibatkan Account Department, dimana Admin perlu rujuk dan periksa data dari Department Account yang menyatakan pembayaran telah dibuat. Cara ini mengambil masa yang agak lama kerana Account Department perlu membuat transaksi semula ke dalam akaun TKB MALL.
    ii. Untuk makluman juga, pembelian secara bank in/tunai adalah tidak dibenarkan. Sebarang transaksi dengan cara ini, pihak account akan refund semula wang anda.
  4. Maklumat diisi tidak lengkap: Sila pastikan detail pembelian diisi dengan lengkap termasuk nama parents dan nama anak. Sekiranya maklumat tidak di isi dengan lengkap, akan menyebabkan proses penyediaan barang anda akan menjadi agak lama kerana Admin Department perlu mendapatkan data penuh anda dari beberapa pihak sebelum memnyediakan barang tersebut.
  5. Server down

Sekiranya berlaku isu berkaitan server, pembelian ibu bapa akan terbatal secara automatik jika tiada sebarang pembayaran berlaku.

Sekiranya transaksi berjaya tetapi pelanggan tidak mendapat e-mel pengesahan order dan invois, sila lakukan perkara berikut;

  1. Semak Spam Box e-mel anda.
  2. Lakukan proses e-mel whitelist. Sila rujuk langkah-langkah whitelist di Rules & Regulations, lampiran 4, halaman 18.

Jika masih tidak dijumpai, sila lakukan langkah berikut;

  1. E-melkan butiran berikut; nama, alamat e-mel, nilai transaksi serta lampirkan screenshot e-mel notifikasi dari SenangPay ke icare@JomDaftarTadika.com
Do NOT follow this link or you will be banned from the site! Scroll to Top