Definasi Jenis Pelanggan TKB Mall
1) Exclusive Customer
Terdiri daripada kategori semua jenis pelanggan online TKB Mall yang tidak terdiri dari Premium Customer. Mereka adalah pelanggan yang sangat kami alu-alukan dan raikan bagi menyokong platform TKB Mall ini.
Exclusive Customer adalah mereka yang bukan terdiri dari ibubapa pelajar dalam rangkaian Tadika Khalifah Budiman seluruh Malaysia. Kumpulan pelanggan dalam kategori ini dapat membeli produk dan servis didalam TKB Mall kecuali produk-produk yang berlabel Premium Customer (Produk Khusus Tadika Khalifah Budiman) atas sebab product ini hanya digunakan semasa operasi dalam rangkaian Tadika Khalifah Budiman.
2) Premium Customer
Terdiri daripada kategori pelanggan dikalangan ibubapa/ penjaga yang masih menerima khidmat pra Sekolah di rangkaian Tadika Khalifah Budiman seluruh Malaysia.
Kategori ini dapat membeli dan akses ke beberapa produk dan servis khusus yang dijual kepada mereka untuk keperluan anak-anak mereka di Tadika Khalifah Budiman sepanjang tahun.