Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam perkenalan dan selamat datang!
Peluang menjana pendapatan kini terbuka luas buat semua! Dahulunya kami datang secara eksklusif namun kini kami bertapak di hati semua! Ayuh bersama kami untuk mengembangkan perniagaan anda melalui platform secara digital, pantas, lagi mudah dengan mengiklankan produk anda di platform kami. Inilah TKB Mall!!, platform kedai atas talian yang telah dibuka sejak dari tahun 2017, berkembang sejajar inovasi kami untuk membuka lebih peluang kepada semua untuk berniaga.
Jika dahulunya pelanggan utama TKB Mall hanyalah ibu bapa serta penjaga yang menghantar anak-anak belajar di rangkaian Tadika Khalifah Budiman, kini, pihak kami ingin membuka ruang kepada semua penjual bagi meluaskan lagi capaian pelanggan dengan mewujudkan pelbagai peluang baru dalam menjana pendapatan.
TKB Mall telah berdiri teguh untuk 3 tahun yang lepas, dan pangkalan data kami telah merekodkan purata pembelian sekurangnya 500 sebulan daripada 1,500 data pelanggan yang dimiliki pada Ketika itu. Kami menjual tidak hanya produk berkisarkan keperluan pembelajaran di tadika, malah turut menyediakan pautan mudah kepada ibu bapa untuk menyertai rangkaian program dan aktiviti kami yang telah dirancang sepanjang tahun.
Namun, itu adalah episod semalam. Kini, kami optimis untuk mengembangkan pautan ini kepada semua Vendor di luar sana yang tercari-cari peluang menjana pendapatan berinovasi baru seiring dengan teknologi semasa. Inilah dia TKB Mall, rakan pautan perniagaan anda dan ayuh sertai kami dengan memasarkan produk anda di sini. Insyallah dengan kekuatan database pelanggan mencecah 6,000 pada waktu penulisan ini dibuat, trasaksi TKB yang telah mencecah sehingga RM300,000 tahun 2019, disokong oleh operasi rangkaian tadika yang berkembang, aktiviti promosi melalui program dan majlis, kekuatan SEO serta online marketing pihak TKB Mall optimis akan Berjaya untuk menjadi satu platform yang boleh membantu vendor dalam memasarkan produk anda.
Berikut adalah maklumat latarbelakang dan demografik pelanggan TKB Mall:
- Kategori Pelanggan Sebelum TKB Mall Dibuka Kepada Pelanggan Luar :
- Ibu bapa berumur antara 28 – 45 tahun yang mempunyai anak.
- Ibu bapa yang mempunyai anak-anak antara 1 bulan – 12 tahun.
- Pendapatan : RM4,000 keatas
- Area : Perak,Perak,Kuala Lumpur,Selangor
- Peratusan pelanggan yang membuka email dari TKB Mall : 60%
- Kaedah Promosi pada pelanggan : pemasaran email, program dan majlis, telefon, brochure, Iklan pada papan kenyataan cawangan-cawangan Tadika.
- Kategori Pelanggan Selepas TKB Mall Dibuka Kepada Pelanggan Luar :
- Individu Tidak Mengira Peringkat Umur Yang Gemar Membeli Secara Online.
- Area : Seluruh Malaysia
- Kaedah Promosi pada pelanggan : pemasaran email, program dan majlis, telefon, brochure, Iklan pada papan kenyataan cawangan-cawangan Tadika, Sosial Media.
Matlamat yang TKB Mall harapkan dalam tempoh 1 tahun dari dari pembukaan program vendor ini, jumlah transaksi pada produk vendor di TKB Mall boleh mencapai sehingga RM 150,000 dan jumlah databased yang aktif adalah sebanyak 10,000.
Selari dengan itu, berikut adalah beberapa maklumat berkaitan polisi dan prosedur untuk Vendor menyertai TKB Mall. Semoga akad ini akan menjadi panduan bagi melancarkan urusan muamalat antara Vendor, pihak TKB Mall dan pelanggan.